Monday, April 25, 2011

~Keindahan bumi hijau Tuhan~

~Wasai Tasek Lama~ Syukur nikmat Allah kerana dapat menikmati khazanah alam yang begitu mendamaikan di sini.. Usaha pihak berkuasa patut dipuji dalam memelihara kawasan seperti ini untuk dinikmati generasi masa kini dan generasi akan datang...Bagai terasa sejuk mataku memandang kehijauan pepohon yang berdiri di kiri kanan laluan... terasa dingin dan tenang jiwaku mendengar gemersik bunyi air yang mencurah-curah tanpa henti... Titisan embun dari daun-daun pohon perlahan berjatuhan ke bumi... sambil mendaki anak bukit yang dikelilingi hutan dan pepohonan aku didatangi rasa keseronokan... Kawasan yang tidak begitu besar... namun berjaya menawan hatiku... Terletak di tengah-tengah kesibukan bandar, tetapi ketenangan alam semulajadi di sini masih kekal wujud dan belum begitu terdedah dengan segala macam pencemaran...

Hari ini adalah hari kedua kedatanganku dan suami ke sini. Beriadah sambil menghirup udara segar adalah suatu hobi yang sungguh menyenangkan. Mereka yang datang tidak mengira usia dan bangsa.. masing-masing menikmati suasana damai tasek dengan suatu perasaan yang tidak terungkapkan.. Alangkah baiknya jika usaha untuk menjaga alam sekitar seperti ini diteruskan dan diperbanyakkan lagi oleh pihak berkuasa.. Rata-rata yang datang adalah mereka yang mengambil berat tentang kesihatan.. seawal 6.30 pagi, akitiviti taichi yang dianjurkan oleh persatuan bangsa Cina sangat mendapat perhatian di sini.. it's such a good idea untuk mempromosi amalan kesihatan bagi masyarakat di negara kitani supaya sama-sama dapat mempraktikkan gaya hidup sihat..