Tuesday, April 26, 2011

Monday, April 25, 2011

~Keindahan bumi hijau Tuhan~

~Wasai Tasek Lama~ Syukur nikmat Allah kerana dapat menikmati khazanah alam yang begitu mendamaikan di sini.. Usaha pihak berkuasa patut dipuji dalam memelihara kawasan seperti ini untuk dinikmati generasi masa kini dan generasi akan datang...Bagai terasa sejuk mataku memandang kehijauan pepohon yang berdiri di kiri kanan laluan... terasa dingin dan tenang jiwaku mendengar gemersik bunyi air yang mencurah-curah tanpa henti... Titisan embun dari daun-daun pohon perlahan berjatuhan ke bumi... sambil mendaki anak bukit yang dikelilingi hutan dan pepohonan aku didatangi rasa keseronokan... Kawasan yang tidak begitu besar... namun berjaya menawan hatiku... Terletak di tengah-tengah kesibukan bandar, tetapi ketenangan alam semulajadi di sini masih kekal wujud dan belum begitu terdedah dengan segala macam pencemaran...

Hari ini adalah hari kedua kedatanganku dan suami ke sini. Beriadah sambil menghirup udara segar adalah suatu hobi yang sungguh menyenangkan. Mereka yang datang tidak mengira usia dan bangsa.. masing-masing menikmati suasana damai tasek dengan suatu perasaan yang tidak terungkapkan.. Alangkah baiknya jika usaha untuk menjaga alam sekitar seperti ini diteruskan dan diperbanyakkan lagi oleh pihak berkuasa.. Rata-rata yang datang adalah mereka yang mengambil berat tentang kesihatan.. seawal 6.30 pagi, akitiviti taichi yang dianjurkan oleh persatuan bangsa Cina sangat mendapat perhatian di sini.. it's such a good idea untuk mempromosi amalan kesihatan bagi masyarakat di negara kitani supaya sama-sama dapat mempraktikkan gaya hidup sihat..


Thursday, May 13, 2010

Puisi Hari Ibu

Kasih Ibu Kini dan Selamanya

Ketika melahirkan… ibu bertarung maut dengan kesakitan yang tidak dapat dibayangkan.. namun ibu masih mampu tersenyum bahagia melihat wajah kita…

Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan memandikan kita… cara kita ucapkan terima kasih kepadanya .. hanyalah dengan menangis sepanjang malam…

Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai…

Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna… kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding…

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor...

Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit "tak nak! tak nak!"

Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim.., kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah… kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah... kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang...

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun…

Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke univeristi..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan…

Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istemewa, kita kata, "? ah.. itu bukan urusan ibu."

Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya… , kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu."

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, "ibuuu, tooooolonglahhh?."

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauhripadanya.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata, ‘ahh.. itu dulu, sekarang zaman moden."


Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata.."kami sibuk, tak ada masa nak datang."

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! khabar itu bagaikan petir! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Jika ibu masih ada, sayangi dia. jika telah meninggal, ingatlah kasih dan sayangnya. sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu…

Wednesday, April 28, 2010

'Why I Love Brunei So Much"

Aku dilahirkan di Negara Brunei Darussalam.. Negaraku dikenali sebagai negara yang aman... memang ya dan semoga Brunei menjadi negara yang aman selama-lamanya...
Meninggalkan Brunei untuk melanjutkan pelajaran selama bertahun-tahun di negara orang menjadikan aku semakin menghargai negaraku sendiri.. Negara orang tidak dinafikan keindahannya.. kepesatan dan kemajuannya.. tetapi apabila kita berdiri di bumi nyata dan apabila kita menginsafi dan mendalami apa erti kehidupan di muka bumi ini, aku merasa hidup di negara Brunei lebih memberi makna... kerana suasana hidup damai dalam beragama begitu dirasai di negara ini.. di radio.. di televisyen masih banyak nilai-nilai kesucian Islam itu diterapkan... Suasana yang lebih dirindui apabila berjauhan dari tanah air ialah mendengr laungan azan.. mengingati kewajipan kita sebagai makhluk tuhan.. lebih-lebih lagi ketika menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan... Sungguh syahdu malam-malam keberkatan dengan jemaah yang menunaikan sembahyang tarawih.. di surau, masjid dan rumah bersama keluarga... kunjung mengunjungi ketika hari raya... Begitu banyak amalan-amalan baik yang diterapkan dalam masyarakat Brunei yang tidak mungkin akan kita temui di negara orang lain, meski pun di negara jiran sendiri. Aku tak kisah bila orang mengata negaraku kurang menonjol dalam bidang hiburan... kerana hiburan boleh saja dicari di mana-mana tapi negara yang menyambut hari kebesaran Islam hanya boleh dihitung dengan jari sahaja sekarang ini. Negara yang maju, besar dan moden tidak bererti apa-apa bila keadaan negara huru hara .. jenayah berleluasa.. politik kotor bermaharajalela.. Moga-moga nilai-nilai yang baik dalam masyarakat Brunei dapat diteruskan dan diwarisi oleh generasi akan datang.. Bersambung